Thursday, July 30, 2009

SERIKANDI BANGSA

Hari ini saya berjumpa dengan beberapa orang guru perempuan yang merupakan kumpulan pertama dihantara ke pendalaman (P1,P2 dan P3). Mereka ini semuanya dari SK daerah Tatau. Semua sekolah berada di tepi sungai.SK Kuala Annau, SK Sg Bagian, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu dan SK Nanga Penyarai. Mereka menceritakan pengalaman pertama mereka tiba di situ. Rasa terkejut dan terharu. Rasa sedih dan rasa pilu semuanya bercampur baur.Mereka juga menceritakan bagaimana mereka menghadapi banjir pada awal tahun, ada sekolah yang nampak bumbung sahaja. Mereka semua dibawa ke Bintulu dan sekolah tutup hampir 2 bulan.Tetapi bila saya tanya bagaimana perasaan sekarang ? semua guru tersebut menyatakan mereka rasa seronok dan tiada masalah. Mereka mampu mengharungi kesukaran yang ada selagi diperlukan tenaga mereka . Saya rasa bangga dengan semangat mereka. Harap-harap apa yang dikata terpahat kuat di dalam hati. Saya anggap mereka serikandi yang mewakili guru-guru lain yang ada di pendalaman Malaysia ini. Gunakanlah peluang yang ada. Bukan semua diberi Allah peluang yang sama seperti anda dapat berjuang, mencarai pengalaman dengn anak-anak di pendalaman. Pandang lah wajah-wajah mulus yang dahagakan ilmu dari anda. Ketepikanlah kepentingan peribadi buat seketika. Bacalah riak wajah dan berkongsilah senyuman mereka. Anda akan tahu itulah kebahagiaan hakiki seorang guru. Hulurkan tangan anda bimbinglah mereka tulis dan baca. lakarkan langkah pertama anda sebagai guru ini untuk menjadi cermin kehidupan anda di masa hadapan. Saya doakan anda semua dalam peliharaan Allah swt.

No comments: