Tuesday, July 28, 2009

Guru Pendalaman P3

Hari ini saya berjumpa dengan seorang guru permulaan pendalaman P3. Irwan namanya. Nama sekolahnya ialah SK Nangka Penyarai. Sekolah ini berada dalam kawasan Tatau.Untuk sampai ke sekolahnya dari Bintulu kita naik kenderaan darat samaada bas, van atau pancuan empat roda dengn tambang sebanyak RM 10. Dari Jety Ken Lana tatau kita terpaksa menaiki boat express selama 2 jam 30 minit dengan tambang RM 20. Kemudian tukar ke perahu panjang selama 1 jam 30 minit dengan tambang RM 90. Bertanya tentang perasaan mula-mula sampai ke sekolah itu, beliau memberitahu bagaikan nak sahaja angkat bag dan meninggalkan sekolah tersebut. Namun mengenangkan tanggungjawab serta amanah beliau kuatkan semangat dan mula memahami kesukaran yang ada di situ. Air dan api jadi masalah. Rumah guru pun terhad dan beliau bercadang nak bawa isteri tapi tidak ada rumah untuk diduduki. Kata beliau," Cikgu kini saya seronok di sini kerana guru-gurunya baik, masyarakat rumah panjang baik-baik belaka dan paling penting anak-anak pendalaman sangat dahagakan pelajaran. Saya bercadang untuk tinggal lama di sini." Kembang hati saya dan bangga dengan semangat guru ini.Syabas! Irwan teruskan perjuangan murni...

No comments: