Tuesday, July 14, 2009

Minda Guru

Saya telah menemui ramai guru. Apa yang mendukacitakan saya ialah kebanyakan mereka amat lemah dalam berkomunikasi secara berkesan: tidak dapat mengemukakan idea secara sepontan, tidak ada maklumat yang konkrit, tidak dapat menjelaskan jawapan dengan tepat dan menyusun ayat dengan teratur. Yang paling mendukacitakan saya apabila mereka tidak dapat menjelaskan tentang kaedah serta strategi pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Malah meraka keliru antara strategi, kaedah dan aktiviti dalam P &P. Bila ditanya tentang polisi KPM, tentang FPK, tentang PIPP, tentang Wawasan 2020, tentang Konsep 1 Malaysia dan kaitannya dengan Rukun Negara, ramai yang terkial-kial untuk menjawab. Nampak sangat mereka ini tidak membaca dan tidak menghayatinya. Justeru ingin saya bertanya jika ramai guru yang begini mampukah mereka menggalas amanah dalam mendidik, membangun modal insan dan seterusnya membina negara bangsa menerusi peranan penting mereka di sekolah? Menjadi guru bukan sekadar menyalur ilmu sahaja malahan ianya membina minda, Tetapi jika minda guru lemah bagaimana mungkin mereka layak dipanggil pendidik! Cubalah cikgu fikir di mana layaknya kita dipanggil guru jika kita tidak mampu menjadi orang yang berilmu, mampu menyampai idea dan mampu pula membentuk generasi cemerlang Malaysia.

No comments: