Tuesday, December 18, 2012

Masa Depan Pendidikan Negara

Masa depan pendidikan negara sebenarnya di tangan siapa? adakah ianya milik semua orang atau pun milik segelintir orang yang boleh bila-bila masa mencorakkannya mengikut citarasa mereka sahaja? Sekarang istilah reformasi pendidikan menjadi rangkaikata yang amat digemari oleh semua orang untuk menggunakannya.  Tetapi bila dikaji secara terperinci semua yang terdapat dalam agenda reformasi tersebut sememangnya sudah menjadi agenda pendidikan negara. Cuma apabila pemimpin berubah maka penjenamaan semula dilakukan ke atas  program tersebut seolah-olah suatu program baru dengan nafas baru dan seolah-olah  inovasi baru. TETAPI di sebalik semua ini, sebenarnya pendidikan negara telah di percaturkan dari masa kesemasa oleh para pemimpin dan kenaifan pemimpin di kementerian agar sesuatu program yang dirancang berjaya dilaksanakan. Jika perlu cuma penambahbaikan  yang boleh melonjakkan program tersebut. Walau 100 orang pemimpin bertukar agenda negara harus di pertahankan. Lihat sahaja tentang  program anak-anak orang asli berapa lama lagi  harus di tahap yang lama sedangkan sudah beberapa kali program ini dimasukkan dalam agenda pendidikan negara. Pendekkata budget setiap tahun dan tenaga yang digunakan telah dibazirkan begitu sahaja. Sikap tak mengapa dan sambil lewa. Tak mengapa kerana pemimpin datang dan pergi dan bila pemimpin baru datang program baru  dengan nama baru dimulakan lagi.Hasilnya program tidak begerak pada tahap yang sepatutnya setimpal dengan budget yang digunakan. Maka fikir-fikirlah para pendidik adakah kita berkerja di tapak yang statik? Kalau begitu bolehkah kita katakan pendidikan kita bertaraf dunia!!!!                                                           

No comments: