Monday, August 17, 2009

MURID DIDAHULUKAN PRESTASI DIUTAMAKAN

Saya berpandangan bahawa cikgu haruslah menterjemahkan idealisma PM kita dengan ruang tugas kita sebagai guru. Tajuk di atas jelas menunjukkan bahawa cikgu harus meletakkan peranannya sebagai seorang guru ditempat paling atas. Cikgu harus mempelajari serta menimba ilmu pengajaran dari pelbagai sumber agar dapat dipraktikkan dengan berkesan. Banyak idea-idea baru tentang pembelajaran dan pengajaran yang boleh dikongsi. Apa yang pasti, cikgu harus sanggup berubah, buka minda dan bersedia untuk menjadi professional dalam bidangnya. Tindakan pantas seorang guru dalam menjana mindanya agar tidak lapuk dan ketinggalan akan membawa guru tersebut dalam lonjakkan berganda. Manafat ini sudah pasti memberi sumbangan yang besar kepada negara. Saya merasa tercabar dan malu , bilamana balik-balik kita bercakap tentang kelemahan penguasaan 3M dikalangan murid-murid. Aduhai! cikgu sekolah rendah, sedar dan bertindaklah segera untuk lebih matang menerima hakikat bahawa mengajar tulis baca dan mengira adalah tanggungjawab hakiki semua guru yang ada di sekolah rendah: Guru Besar, P.Kanan dan semua guru. Buatlah dengan terbaik, tentu hasilnya terbaik. Jangan asyik mencari alasan untuk menyelamatkan diri. Kerja cikgu untuk melihat hasil pembelajaran murid. Bukan hanya untuk murid yang boleh sahaja. Kerana kesukaran, pengalaman anak-anak adalah berbeza maka fahamilah perbezaan tersebut agar cikgu tidak terbabas dari landasan matlamat. Sentiasa ingat murid adalah aset negara. Cikgu adalah pemangkin kepada kejayaan bangsa dan negara.

1 comment:

Unknown said...

Saya setuju dengan pandangan Datin, tiada istilah pelajar lemah, malah ia terletak ditangan guru untuk membangunkan mereka.

Pengalaman saya mengajar selama menjadi seorang insan guru di kawasan pedalaman.
Saya menjadi guru di sini. Saya menjadi ibu di sini. Saya menjadi pengasuh di sini. Inilah apa yang saya faham selama saya menjadi seorang guru di sini. Mungkin saya tidak akan selama-lamanya mengerti siapakah saya sebagai guru jika saya ditempatkan di sekolah bandar. Kanak-kanak tidak berpakaian kemas, mereka daif, mereka tidak berpakaian putih, mereka bukanlah kanak-kanak yang berpeluang, tetapi mereka telah menceriakan kehidupan saya dengan kedaifan dan kelakuan rendah diri mereka. Mereka merupakan kanak-kanak yang menginginkan kasih sayang lebih dari apa-apa sahaja. Saya betul-betul menjadi guru di sini kerana mereka juga….kanak-kanak SK Pamol.
Dimana jua guru pergi, kemana jua saya pergi, satu perkara yang selalu saya mengingatkan diri saya adalah kanak-kanak adalah seperti sebuah lombong emas(a gold mine). Mereka bukanlah seperti yang selalu dilabelkan sebagai sebiji gelas kosong yang guru mengisi ilmu keatas mereka seperti mengisi air kedalam gelas tersebut. Malah, mereka adalah sebuah lombong emas yang penuh dengan emas, mutiara dan berlian yang tidak ada nilainya. Guru menjadi buruh kasar(a gold miner) yang mengeluarkan berlian, mutiara dan emas tersebut daripada mereka. Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan mereka sendiri. Selama saya menjadi guru disini saya bertungkus-lumus menggali berlian-berlian yang terpendam di dalam diri mereka. Terima Kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa, bersyukur saya ditempatkan di sini. Akhirnya, menjadi juga saya sebagai seorang guru.
Ribuan Terima Kasih kepada Datin Rahimah kerana telah menemuduga saya tempoh hari dan telah memberi peluang kepada saya untuk menulis pengalaman saya mengajar di Blog Datin.

Suganthy Nagalinggam
SK Pamol, Beluran, Sabah.
1/3/2010