Tahniah kerana anda adalah sebilangan orang-orang yang hebat. Anda merupakan manusia yang istimewa, 'role model' yang boleh dicontohi dan merupakan orang yang amat perihatin. Tahniah kerana anda tahu apa yang anda ajar dan berkongsi ilmu. Tahniah kerana anda tidak takut dan berjaya melihat murid sebagai manusia biasa.Tahniah kerana berjaya menunjukkan penerimaan, pengiktirafan dan penghargaan.Ini adalah anugerah yang amat penting bagi perkembangan murid.Mereka akan sentiasa ingat dan mereka tidak akan melupakan anda.
Dorongan, sedikit rasa hormat serta perlakuan baikhati anda memberi suatu iklim yang bermakna kepada pembelajaran dan perkembangan murid. Sikap anda dapat diterjemahkan dalam semangat setiakawan dan pandangan positif terhadap orang lain.
Anda harus merasa hebat bila mana anda mampu melaksanakan tugas dengan baik. Saya merasa amat kagum dengan anda terutama jika anda pernah menjadi murid cikgu di sekolah atau guru pelatih di Inst.Perguruan. Cikgu doakan anda sentiasa hebat kerana anda orang PENTING.
Sunday, May 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment