Selamat menyambut Kemerdekaan negara kita ke 52 tahun. Tanda tempohmasa 52 tahun adalah kematangan dan kedewasaan. Rakyat Malaysia harus berupaya meletakkan kedewasaan dan kematangan dalam menuju kewarasan sebuah negara yang mementingkan kesetabilan dan kemajuan yang beracuankan 1 Malaysia. Guru harus peka tentang tanggungjawab menanam serta memupuk semangat cintakan negara serta membina jati diri yang bisa mengutuh dan mensetabilkan keharmonian negara. Rasa kebertanggungjawaban kita terhadap membina negara bangsa perlu ada dalam setiap jiwa rakyaat Malaysia. Sayangilah bumi bertuah ini. Jika negara lain sering berlaku pergolakan, malahan ada yang sampai bermandikan darah sesama sendiri maka janganlan kita cuba bermain dengan api. Kepanasan dan percikan bunga api itu boleh membakar dan menghanguskan rasa hormat dan toleransi yang sedia ada dikalangan kita. Sayangi apa yang kita miliki. Keunikan Malaysia terletak kepada kepelbagaian yang kita ada. Fahami dan terima lah hakikat ini. Kita adalah manusia paling beruntung kerana di lahirkan di Malaysia. Marilah kita mengecapi keberuntungan itu sehingga ke akhir zaman. Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Teringat saya ketika menjadi Pengetua dulu di SMKIJC Melaka. Kami berjaya melakukan Bendera Terpanjang, Logo Terbesar dan pelbagai program yang mencerminkan kami 1 Malaysia.
Monday, August 31, 2009
Friday, August 21, 2009
Selamat Berpuasa
Saya ingin mengucapkan kepada semua Selamat Berpuasa. Guru-guru nampaknya seronok kali ini kerana sekolah pun mula bercuti dan akan dibuka semula selepas 31 Ogos. Sana sini sesak dengan kenderaan. Bersimpang siul menghala ke destinasi masing-masing untuk menyambut puasa bersama orang-orang tersayang. Nampaknya budaya menyambut hari pertama puasa di kampung halaman tetap menjadi agenda kebanyakan daripada kita. Ramai guru di pendalaman pun balik kampung, walaupun cuti sekolah hanya seminggu. Kemudian cuti Aidilfitri.Balik lagi ke? Yang tidak balik, bagaimana berpuasa di pendalaman? Bagi yang keseorangan berpuasa tentu rasa hibakan? tiada teman untuk bersahor dan berbuka. Apa lagi untuk berterawih. Kepada anda yang bukan di pendalaman, harus rasakan nikmat yang di beri Allah swt kepada anda. Bersyukurlah. Doakan rakan-rakan kita agar tabah menghadapi cabaran dan dugaan. Pengorbanan mereka amat besar dan kita tidak melupakan mereka semua. Negara kita sudah 51 tahun merdeka. Minda kaum guru juga harus merdeka dan bebas berfikir untuk berkorban dalam meningkatkan taraf pendidikan negara. Di tangan ada tergenggam harapan seluruh warga Malaysia. Gurulah Penjana Pendidikan Berkualiti.Renungkanlah. MERDEKA!

Monday, August 17, 2009
MURID DIDAHULUKAN PRESTASI DIUTAMAKAN
Saya berpandangan bahawa cikgu haruslah menterjemahkan idealisma PM kita dengan ruang tugas kita sebagai guru. Tajuk di atas jelas menunjukkan bahawa cikgu harus meletakkan peranannya sebagai seorang guru ditempat paling atas. Cikgu harus mempelajari serta menimba ilmu pengajaran dari pelbagai sumber agar dapat dipraktikkan dengan berkesan. Banyak idea-idea baru tentang pembelajaran dan pengajaran yang boleh dikongsi. Apa yang pasti, cikgu harus sanggup berubah, buka minda dan bersedia untuk menjadi professional dalam bidangnya. Tindakan pantas seorang guru dalam menjana mindanya agar tidak lapuk dan ketinggalan akan membawa guru tersebut dalam lonjakkan berganda. Manafat ini sudah pasti memberi sumbangan yang besar kepada negara. Saya merasa tercabar dan malu , bilamana balik-balik kita bercakap tentang kelemahan penguasaan 3M dikalangan murid-murid. Aduhai! cikgu sekolah rendah, sedar dan bertindaklah segera untuk lebih matang menerima hakikat bahawa mengajar tulis baca dan mengira adalah tanggungjawab hakiki semua guru yang ada di sekolah rendah: Guru Besar, P.Kanan dan semua guru. Buatlah dengan terbaik, tentu hasilnya terbaik. Jangan asyik mencari alasan untuk menyelamatkan diri. Kerja cikgu untuk melihat hasil pembelajaran murid. Bukan hanya untuk murid yang boleh sahaja. Kerana kesukaran, pengalaman anak-anak adalah berbeza maka fahamilah perbezaan tersebut agar cikgu tidak terbabas dari landasan matlamat. Sentiasa ingat murid adalah aset negara. Cikgu adalah pemangkin kepada kejayaan bangsa dan negara.

Sunday, August 2, 2009
1 MALAYSIA
Peranan guru dalam menjayakan 1 Malaysia sangat besar. Guru adalah gambaran yang akan disalin oleh muridnya. Segala perlakuan guru akan menjadi ikutan muridnya. 1 Malaysia merupakan gagasan memperkasa bangsa Malaysia. Kepelbagaian bangsa bukan penghalang untuk menjadi bangsa yang bermaruah dan beridentitikan Malaysia. Kenapakah ramai di kalangan murid SJKC lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu? Kenapa guru-guru dari sekolah ini menzalimi murid mereka sendiri dengan menghantar begitu ramai murid mereka ke kelas Peralihan selepas UPSR. Kasihan murid-murid ini terkial-kial mengikuti pelajaran di sekolah menengah. Kebanyakan murid ini mendapat keputusan yang baik dalam mata pe;ajaran lain kecuali Bahasa Malaysia. Dari maklumat yang dikumpul kebanyakan SRJKC mengamalkan dasar memencilkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam pengurusannaya; Perhimpunan mingguan dalam bahasa Cina, mesyuarat guru dalam bahasa Cina walaupun ada guru Melayu. Guru-gurunya menggunakan bahasa Cina sepanjang masa dan mereka juga amat lemah dalam menggunakan bahasa Malaysia. Ada guru-guru yang tidak faham Bahasa Malaysia. Suasana serta budaya sekolah begini mana mungkin 1 Malaysia dapat direalisasikan. Sepatutnya Pentadbir dan guru-gurulah yang menjayakan misi negara tetapi selepas 50 tahun Merdeka pun sikap begini masih menebal disanubari sesetengah pihak.Generasi baru adalah anak Malaysia.Guru harus bertanggungjawab menjayakannya. BAHASA JIWA BANGSA. BAHASA MALAYSIA TERAS PERPADUAN NEGARA.
Thursday, July 30, 2009
SERIKANDI BANGSA
Hari ini saya berjumpa dengan beberapa orang guru perempuan yang merupakan kumpulan pertama dihantara ke pendalaman (P1,P2 dan P3). Mereka ini semuanya dari SK daerah Tatau. Semua sekolah berada di tepi sungai.SK Kuala Annau, SK Sg Bagian, SK Kuala Muput, SK Kuala Sigu dan SK Nanga Penyarai. Mereka menceritakan pengalaman pertama mereka tiba di situ. Rasa terkejut dan terharu. Rasa sedih dan rasa pilu semuanya bercampur baur.Mereka juga menceritakan bagaimana mereka menghadapi banjir pada awal tahun, ada sekolah yang nampak bumbung sahaja. Mereka semua dibawa ke Bintulu dan sekolah tutup hampir 2 bulan.Tetapi bila saya tanya bagaimana perasaan sekarang ? semua guru tersebut menyatakan mereka rasa seronok dan tiada masalah. Mereka mampu mengharungi kesukaran yang ada selagi diperlukan tenaga mereka . Saya rasa bangga dengan semangat mereka. Harap-harap apa yang dikata terpahat kuat di dalam hati. Saya anggap mereka serikandi yang mewakili guru-guru lain yang ada di pendalaman Malaysia ini. Gunakanlah peluang yang ada. Bukan semua diberi Allah peluang yang sama seperti anda dapat berjuang, mencarai pengalaman dengn anak-anak di pendalaman. Pandang lah wajah-wajah mulus yang dahagakan ilmu dari anda. Ketepikanlah kepentingan peribadi buat seketika. Bacalah riak wajah dan berkongsilah senyuman mereka. Anda akan tahu itulah kebahagiaan hakiki seorang guru. Hulurkan tangan anda bimbinglah mereka tulis dan baca. lakarkan langkah pertama anda sebagai guru ini untuk menjadi cermin kehidupan anda di masa hadapan. Saya doakan anda semua dalam peliharaan Allah swt.
Tuesday, July 28, 2009
Guru Pendalaman P3
Hari ini saya berjumpa dengan seorang guru permulaan pendalaman P3. Irwan namanya. Nama sekolahnya ialah SK Nangka Penyarai. Sekolah ini berada dalam kawasan Tatau.Untuk sampai ke sekolahnya dari Bintulu kita naik kenderaan darat samaada bas, van atau pancuan empat roda dengn tambang sebanyak RM 10. Dari Jety Ken Lana tatau kita terpaksa menaiki boat express selama 2 jam 30 minit dengan tambang RM 20. Kemudian tukar ke perahu panjang selama 1 jam 30 minit dengan tambang RM 90. Bertanya tentang perasaan mula-mula sampai ke sekolah itu, beliau memberitahu bagaikan nak sahaja angkat bag dan meninggalkan sekolah tersebut. Namun mengenangkan tanggungjawab serta amanah beliau kuatkan semangat dan mula memahami kesukaran yang ada di situ. Air dan api jadi masalah. Rumah guru pun terhad dan beliau bercadang nak bawa isteri tapi tidak ada rumah untuk diduduki. Kata beliau," Cikgu kini saya seronok di sini kerana guru-gurunya baik, masyarakat rumah panjang baik-baik belaka dan paling penting anak-anak pendalaman sangat dahagakan pelajaran. Saya bercadang untuk tinggal lama di sini." Kembang hati saya dan bangga dengan semangat guru ini.Syabas! Irwan teruskan perjuangan murni...
Tuesday, July 14, 2009
Minda Guru
Saya telah menemui ramai guru. Apa yang mendukacitakan saya ialah kebanyakan mereka amat lemah dalam berkomunikasi secara berkesan: tidak dapat mengemukakan idea secara sepontan, tidak ada maklumat yang konkrit, tidak dapat menjelaskan jawapan dengan tepat dan menyusun ayat dengan teratur. Yang paling mendukacitakan saya apabila mereka tidak dapat menjelaskan tentang kaedah serta strategi pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah. Malah meraka keliru antara strategi, kaedah dan aktiviti dalam P &P. Bila ditanya tentang polisi KPM, tentang FPK, tentang PIPP, tentang Wawasan 2020, tentang Konsep 1 Malaysia dan kaitannya dengan Rukun Negara, ramai yang terkial-kial untuk menjawab. Nampak sangat mereka ini tidak membaca dan tidak menghayatinya. Justeru ingin saya bertanya jika ramai guru yang begini mampukah mereka menggalas amanah dalam mendidik, membangun modal insan dan seterusnya membina negara bangsa menerusi peranan penting mereka di sekolah? Menjadi guru bukan sekadar menyalur ilmu sahaja malahan ianya membina minda, Tetapi jika minda guru lemah bagaimana mungkin mereka layak dipanggil pendidik! Cubalah cikgu fikir di mana layaknya kita dipanggil guru jika kita tidak mampu menjadi orang yang berilmu, mampu menyampai idea dan mampu pula membentuk generasi cemerlang Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)